Friday, March 18, 2011

Arrhh !! Knapa !? Knapa !? Knapa !?

Awat sat sngat cuti musim bunga nie.......Ahad nie dah la nak buka sklh dah kerja x buat2 lagi....
sakit aty tul la kalau mcm nie !! Mungkin ini lah musim cuti bunga pling x happy.....
Bleh jdi gila gak arrr...kalau mcm nie !! Relax Din ! Hidup kena KUAT ! "No Stress" !
InsyaAllah aku bleh ! x tapi klau kena mrah ja yg tu mmang aku panas ...Apahal la cikgu ni suka sngat bagi kerja skolah banyak2...


                                              

Wednesday, February 2, 2011

13 Wasiat RAsulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.


Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dankelepasan. InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Couple In Islam...

Salam sejahtera buat kawan2 alam maya... rase nye terlalu lama diari elektronik ini tidak di update.. Lantaran mendapat sebuah 'peringatan' dari seorang sahabat yang jauh di mata, hati terdetik untuk berkongsi peringatan tersebut.. Rakan2, nyata saya bukanlah manusia yang baik untuk berbicara berkaitan bab ini.. Namun, atas dasar ilmu "Berkongsilah Walau Sekeping Ayat", justeru hati ini tetap mempertahankan bahawa ilmu perlu dikongsi..

Rakan2 alam maya, kehidupan lalu bukanlah bicaranya.. Sejak kita lahir, setiap hari ada saja kemaksiatan yang kita lakukan terhadap Allah SWT dan Muhammad SAW.. NAmun, setiap hari jugalah Allah mengurniakan nikmat kepada kita.. Sekalipun kita berdosa terhadap DIA, namun DIA tidak pula 'membunuh' kita.. Malahan DIA memberi ruang kepada kita setiap detik untuk bertaubat kepadaNYA...

Justeru, yang lalu, biarkan ia berlalu.. SIkitpun ia tidak dapat diputar kembali.. SIkitpun ia tidak dapat diperbaiki.. Sikit pun ia tidak dapat ditambah.. Justeru, masa yang ada dihadapan (walaupun mungkin cuma 10hari atau kurang sebelum maut maut menjemput kita) perlulah kita perbaiki dan tambah dengan amalan yang sebaiknya..

kehidupan kita tiada yang lain, melainkan hanya Kerana Allah SWT..


Cinta dan Remaja, suatu yang tak dapat dipisahkan? Bagaiman pula antara tiga perkara ini, Cinta, Remaja dan Islam? jom renungkan ape yang sahabat saye kirimkan dalam email sebentar td.. jom...
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wrt
couple in Islam ???
selalu bertanya pd diri, couple tu blh ke dlm islam?...boleh ke tak ni??


apa kata Islam ttg couple?...sebesar2 tajuk yang ditaip dlm artikel "percintaan: HARAM !!!" Dalam Islam tiada istilah couple..kalau benar seseorang lelaki itu mencintai seorang wanita dengan seikhlas hatinya, tidak boleh dia bercouple..bercouple adalah dtg dr nafsu..buat apa menurutkan nafsu..??

dalam Islam yang ada hanyalah perkahwinan..cara2bya...bila seseorang lelaaki itu tersuka pd seorg wanita tak kiralah memer ke, tak penah kenal ke..dia kena solat istikharah dulu sblm memulakan langkah..minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adalah jodoh yang allah telah tetapkan..kemudian, andai dh dpt petunjuk, benar si dia adalah jodoh yg Allah tetapkan, kna approach parents nya..bkn approach nya..lelaki ini perlulah minta izin parents utk berkawan dgn perempuan ni. dan niat berkawan adalah utk mmperisterikan perempuan ni, bkn sekadar main2...


kemudian, perempuan ini pula hndklah buat istikharah minta petunjuk dr Allah betul ke x lelaki ni jodohnya..kalo dh dpt petunjuk dr Allah dan parents pn setuju..ini x bermakna blh dating, keluar mkn2 dan sbg nya...seterusnya tetapkn tarikh perkahwinan..


so,sedar ke tak yang sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang?

kesimpulannya, dlm Islam tiada istilah couple..kpd shbt2 n rakan2 yang disayangi n dikasihi, marilah kita sma2 mmbanteras gejala bercouple ni..kerana bermula dgn couple macam2 blh terjadi..sanggupkah kita gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?..FIKIRKAN..

wassalam wrt

wallahua'lam

Tuesday, February 1, 2011

MASALAH UMAT ISLAM HARI INI

Tema ini adalah suatu upaya untuk menggambarkan akan keadaan dunia Islam kontemporer (saat ini) dengan segala kelebihan dan kekurangannya. Kondisi umat Islam saat ini penuh dengan kelemahan. Kelemahan-kelemahan itu terkait dengan kapasitas intelektual dan masalah moral. Kelemahan dalam kapasitas intelektual (Al Jahlu). 

Kelemahan umat Islam yang terkait dengan kapasitas intelektual

- Dho'fut Tarbiyah (lemah dalam pendidikan) 
Kelemahan dalam aspek pendidikan formal dan informal (pengkaderan) sangat dirasakan oleh umat Islam masa kini. Jika pendidikan juga pembinaan dan pengkaderan lemah maka akan mustahil melahirkan anasir-anasir dalam nadhatul umat (kebangkitan umat).

- Dho'fut Tsaqofah (lemah dalam ilmu pengetahuan) 
Dewasa ini sedang sangat pesat perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi tetapi umat Islam terasa tertinggal bila dibandingkan umat yang lainnya, ini disebabkan kerana wawasan umat Islam yang sempit dan terbatas juga lemah dalam mengembangkan ilmu pengetahuan ini disebabkan kemahuan umat untuk menuntut ilmu sangat rendah. 

- Dho'fut Takhthith (lemah dalam perencanaan-perencanaan)
Umat Islam sekarang ini tidak memiliki strategi yang jelas. Rencana perjuangannya penuh dengan misteri. Hal tersebut disebabkan umat Islam tidak diproduk dari pembinaan-pembinaan yang baik dan tidak memiliki wawasan ilmu pengetahuan yang memadai.

- Dho'fut Tanjim (lemah dalam pengorganisasian)
Sekarang ini terjadi gerakan-gerakan yang mengkibarkan bendera kebathilan, mereka membangun pengorganisasian yang solid sementara umat Islam lemah dalam pengorganisasian sehingga kebathilan akan di atas angin sedangkan umat Islam akan menjadi pihak yang kalah. Sesuai perkataan khalifah Ali ra "Kebenaran tanpa sistem yang baik akan dikalahkan oleh kebathilan yang terorganisasi dengan baik".

- Dho'ful Amniyah (lemah dalam keamanan)
Masa kini umat Islam lengah dalam menjaga keamanan diri dan kekayaan baik moral dan material sehingga negeri-negeri muslim yang kaya akan sumber daya alam dirompak oleh negeri-negeri non muslim. Begitu pula dengan Iman, umat lslam tidak lagi menjaganya tidak ada amniyah pada aqidah dan dibiarkan serbuan-serbuan aqidah datang tanpa ada protection yang memadai.

- Dho'fut Tanfidz (lemah dalam memobilisasi potensi-potensi diri)
Umat Islam dewasa ini tidak menyedari bahawa begitu banyak nikmat-nikmat yang Allah SWT berikan dan tidak mensyukurinya. Jika umat Islam mensyukuri segala nikmat Allah dari bentuk syukur itu akan muncul kuatut tanfidz iaitu kekuatan untuk memobilisasi diri dan sekarang umat Islam lemah sekali dalam memobilisasi diri apalagi memobilisasi secara kolektiviti.


Kelemahan dalam problematika moral (Maradun Nafs)

Kelemahan-kelemahan dalam masalah moral yang terjadi pada umat Islam sekarang iaitu:

- Adamus Saja'ah (hilangnya keberanian)

Umat Islam tidak seperti dahulu yang berprinsip laa marhuba illalah (tiada yang ditakuti selain Allah) sehingga tidak memiliki keberanian seperti orang-orang terdahulu yakni Rasulullah dan para sahabatnya yang terkenal dengan sifat keberanian. Sekarang ini umat Islam mengalami penyakit Al Juban (pengecut). Rasa takut dan berani itu berbanding terbalik sehingga jika seorang umat Islam takut kepada Allah maka ia akan berani kepada selain Allah tetapi sebaliknya jika ia takut kepada selain Allah maka ia akan berani menentang aturan-aturan Allah SWT.

- Adamus Sabat (hilangnya sikap teguh pendirian)

Umat Islam mulai memperlihatkan mudah mengalami penyimpangan-penyimpangan dan perjalanan hidupnya karena disebabkan oleh :

1. termakan oleh rayuan-rayuan
2. terserang oleh intimidasi atau terror-terror.

Salah satu illutrasi hilangnya thsabat (keteguhan) ini adalah prinsif-prinsif hidup kaum muslimin tidak lagi dipegang hanya sering diucapkan tanpa dipraktikan. Sebagai contoh Islam mengajarkan kebersihan sebahagian dari Iman tetapi di negari-negeri kaum muslim keadaannya tidak bersih menjadi pemandangan pada umumnya. 

- Adamut Dzikriyah (hilangnya semangat untuk mengingat Allah)

Dalam Islam lupa diri sebab utamanya ialah karena lupa kepad Allah. Umat Islam dzikirullah-nya lemah maka mereka kehilangan identiti mereka sendiri sebagai Al Muslimum. Sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al Hasyr ayat 19:

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik". 

- Adamus Sabr (hilangnya kesabaran)

Kesabaran merupakan salah satu pertolongan yang paling pokok bagi keberhasilan seorang muslim, sesuai firman Allah dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah 153:

"Hai orang-orang beriman mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar". 

Kesabaran meliputi:

1. Ashabru bitha'at (sabar dalam ketaatan)
2. Ashabru indal mushibah (ketaatan ketika ditimpa musibah)
3. Ashabru anil ma'siat (sabar ketika menghadapi maksiat)

Sebagai umat Islam harus memiliki kesabaran ketiganya.

- Adamul Ikhlas (hilangnya makna ikhlas)

Ikhlas tidak selari dengan tulus. Tulus ertinya melakukan sesuatu tanpa perasaan terpaksa padahal boleh sahaja orang itu ikhlas walaupun ada perasaan terpaksa. Contohnya pada seseorang yang melakukan solat subuh yang baru sahaja jaga malam sehingga sangat terasa mengantuk tetapi karena solat adalah suatu kewajiban perintah Allah swt ia tetap mengerjakannya. 

- Adamul Iltizam (hilangnya komitmen)

Dewasa ini kaum muslimin kebanyakan tidak istiqomah berkomitmen terhadap Islam bahkan tidak sepenuhnya sedar bahawa Islam harus menjadi pengikat utama dalam hidupnya sehingga mereka banyak menggunakan isme-isme yang lain.